BAB 13 PENGURUSAN KESELAMATAN SEKOLAH
Tambahan A: Pengurusan Keselamatan Sekolah. Pengenalan. Terdapat banyak isu keselamatan yang berlaku di sekolah Malaysia sebagai contoh KUALA LUMPUR: Insiden terbaru membabitkan seorang pelajar tingkatan dua maut akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput, di Gemas, Negeri Sembilan. Ini menunjukkan aspek keselamatan di sekolah mesti dipertingkatkan. Kesedaran tentang amalan keselamatan merupakan satu perkara yang penting kepada majikan iaitu guru besar dan juga guru serta pelajar bagi memastikan keselamatan di kawasan sekolah terjamin serta dapat mengurangkan risiko kemalangan. Definisi Pengurusan: Proses perancangan, penyusunan , pengarahan dan pengawalan usaha ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi. Definisi Keselamatan Sekolah: Suatu keadaan persekitaran di mana seseorang dapat menjalankan aktiviti harian dan lain lain aktiviti anjuran sekolah dengan selama ...