BAB 9 PENASIHATAN MURID

 


Penasihatan Murid.

Pengurusan Penasihatan Murid ini secara keseluruhannya memberi tumpuan kepada pengurusan penasihatan murid yang terdiri daripada 3 komponen utama iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring. Dapat didefinisikan pengurusan bermaksud satu proses sosial yang dibentuk dan disusun bagi mewujudkan kerjasama, penyertaan, penglibatan ahli-ahli dalam organisasi untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Menurut James Stoner, pengurusan ialah satu proses untuk merancang, mengorganisasikan, memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi serta menggunakan sumber lain organisasi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Penasihatan pula mengikut kamus Dewan (1994) ditakrifkan sebagai ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, menyusulkan, mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Menurut Zuraidah (1994), nasihat yang diberikan merupakan kaedah menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Kaedah ini meruppakan cara yang mudah untuk mengelakkan diri daripada memahami, memeriksa, dan menjelajah masalah yang dihadapi. Murid pula mengikut kamus Dewan Edisi Empat, merujuk kepada anak orang atau anak yang sedang belajar atau berguru.


ISI PENTING: 

(Bimbingan dan Kaunseling)
  • Guru bimbingan dan kaunseling memainkan peranan yang penting di sekolah .

  • Dipercayai memiliki kewibawaan yang serba boleh

  • Mereka merupakan ‘arkitek’ yang mampu mengubah personaliti pelajar dan menjadikan anak didik mereka sebagai aset warisan kesinambungan bangsa.

Konsep Bimbingan  :

  • Bimbingan adalah satu proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan kapasiti mereka agar dapat membuat pilihan yang bijak dari aspek peribadi, sosial, akademik, kerjaya dan sebagainya semi masyarakat amnya dan individu khasnya.

  • Bimbingan juga adalah proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaa dan bakat yang ada dengan sepenuhnya.

  • Bimbingan adalah merupakan bantuan atau pertolongan yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa atau yang normal yang mengalami PdP mental, sosial, intelek, fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohanian. Bimbingan juga merupakan proses pembentukan maklumat dan nilai individu itu sehingga dia sapat menentukan tindakan yang wajar di ambil pada masa sekarang dan pada masa hadapan.
Konsep Kaunseling :

  • Kaunseling merupakan proses untuk membantu perhubunganberdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan.

  • Kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien.

  • Menurut Persatuan Kaunseling amerika pula, kaunseling merujuk kepada aplikasi prinsip-prinsip kesihatan mental, psikologi atau perkembanganmanusia serta strategi intervensi kognitif, afektif atau tingkah laku bagi menangani isu-isu yang berkaitan dengan pertumbuhan peribadi, perkembangan kerjaya atau patologi.
Elemen penting dalam Kaunseling:

  • Kaunseling adalah profesion.

  • Kaunseling berkaitan dengan kesejahteraan, pertumbuhan, personal, kerjaya dan patologi.

  • Kaunseling dijalankan ke atas individu yang normal dan yang mempunyai masalah.
  • Kaunseling dilakukan mengikut teori.

  • Proses yang melibatkan perkembangan dan intervensi.

  • Kaunseling mempunyai pelbagai kepakaran.
RUMUSAN

Bimbingan, penasihhatan, dan mentoring merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membantu murid-murid dalam aspek pembelajaran dalam kehidupan. Langkah yang berbeza ini bertepatan kerana setiap individu mempunyai masalah konflik fan matlamat tersediri. Cara pendekatan yang berbeza ke atas setiap murid harus diwujudkan agar mereka menyedari kewujudan pihak lain yang mengambil berat tentang mereka. Hal ini akan menerusi pengurusan yang menyeluruh, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

RUJUKAN

Pengurusan Bimbingan & Kaunseling. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2002.

Zuraidah Abdul Rahman. (2011). Kaunseling dalam pengurusan. Selangor: Marshall Cavendish.

Puteri Hayati Megat Ahmad. (2017). Kemahiran dan pengurusan kes-kes kaunseling. Kota Kinabalu:    Penerbit Universiti Malaysia Sabah


Untuk rujukan slide  BAB 9 PENASIHATAN MURID:   https://drive.google.com/file/d/13vqKrvu0N50RSOF7UYb4tynMaiMc-GW3/view?usp=sharing


dan Sambungan BAB 10 PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA,  sila klik link di bawah:  https://kpspengurusanpembelajarann.blogspot.com/2021/01/bab-10-pengurusan-pelbagai-budaya.html

Comments

Popular posts from this blog

BAB 13 PENGURUSAN KESELAMATAN SEKOLAH

Siapa saya?