BAB 11 PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

 

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

Jaafar Muhammad (1998) mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output(perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai. Manakala, berdasarkan kamus dewan edisi keempat kepelbagaian dari segi bahasa ditakrifkan sebagai pelbagai jenis manakala upaya ditakrifkan sebagai kebolehan seseorang dalam melakukan sesuatu perkara.

Program Pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan bertujuan untuk membantu muridmurid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Golongan pelbagai upaya ini perlu dipulihkan sebaik sahaja masalah yang dihadapi itu dapat dikesan oleh guru mata pelajaran atau guru bilik darjah dengan langkah-langkah yang sewajarnya.

Pengayaan boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengayaan mendatar dan pengayaan menegak. Pengayaan mendatar merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan kepada tahap pencapaian murid. Murid-murid dalam kumpulan akan diberi aktiviti pengayaan yang lebih mudah dan kurang mencabar daripada aktiviti yang diberi kepada kumpulan sederhana dan cerdas. Manakala pengayaan menegak merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja. Aktiviti ini akan dirancang dan dilaksanakan dalam bentuk yang lebih kompleks, mencabar dan dalam peringkat yang lebih tinggi daripada taraf pencapaian murid darjah biasa.


 

Rumusan: 

Para pelajar perlu mempunyai pelbagai upaya dalam pengajaran pada kelajuan yang sesuai, untuk mereka meningkatkan lagi potensi. Setiap pelajar mempunyai kelemahan dan kekurangan masing-masing. Oleh itu, kita tidak boleh membandingkan para pelajar, tindakan yang patut kita ambil ialah memulihankan kelemahan dalam diri pelajar dan kekalkan kelebihan yang ada.


Rujukan

Ekins, A. (2015). The Changing Face of Special Educational Needs : Impacts and
       Implications for sencos, teachers and their Schools. New York. Routledge Publisher

Mitchell, D. (2014). What Really Works in Special and Inclusive Education : Using Evidence
       Based Teaching Strategies. New York. Routledge Publisher

Noor Aini Ahmad. (2014). Pengurusan Program Pendidikan Inklusif bagi Murid Bermasalah Pembelajaran : Kajian Secara Naratif Inkuiri. Jurnal Pengurusan Penyelidikan. Isu 1. Bil.3 (hlm.38-52) Dimuat turun daripada (30 Oktober 2018)

http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/40187/4.pdf


Untuk rujukan slide  BAB 11 PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA :   https://drive.google.com/file/d/164GVmFed-ekZJpZPvUl0sCl2GkHy9dsW/view?usp=sharing


dan Sambungan BAB 12 SEKOLAH DAN PERSEKITARAN,  sila klik link di bawah: https://kpspengurusanpembelajarann.blogspot.com/2021/01/bab-12-sekolah-dan-persekitaran.html

Comments

Popular posts from this blog

BAB 13 PENGURUSAN KESELAMATAN SEKOLAH

BAB 9 PENASIHATAN MURID

Siapa saya?