BAB 7 STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN.

 


Pengurusan Bilik Pembelajaran.

 Startegi pengurusan bilik pembelajaran membincangkan berkaitan bagaimana guru menguruskan atau menjadikan sebuah bilik atau tempat belajar itu dengan baik supaya dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran itu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2016) pengurusan bermaksud mengurus sesuatu atau mengurus keadaan manakala pembelajaran pula ialah sesuatu proses atau kegiatan belajar.

  Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Definisi bilik darjah pula ialah satu tempat berlakunya proses penjaran dan pembelajaran dimana melibatkan interaksi antara guru dan murid. Ianya merupakan satu tempat yang terpenting yang perlu terdapat di sekolah. Menurut (Richards, 1990)  pengurusan bilik darjah merupakan sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh guru untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran P&P di dalam bilik darjah yang merangkumi tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan susun atur meja dan kerusi serta masa yang diperuntukan bagi satu subjek pembelajaran.

Startegi  pengurusan bilik darjah:

- berdasarkan kepada unsur fizikal bilik pembelajaran iaitu sistem penyimpanan rekod dan pengurusan bilik pembelajaran. Seterusnya, interaksi juga merupakan salah satu startegi pengurusan bilik darjah di sekolah.

1. Unsur fizikal bilik pembelajaran

- cara penyusunan bilik pembelajaran iaitu termasuk susunan meja dan kerusi, pengurusan
  rutin bilik dan penyimpan rekod bilik pembelajaran tersebut.

2. Interaksi

- Satu proses yang saling bertindak yang berlaku diantara sekurang-kurangnya dua pihak.
  Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun
  sekumpulan manusia. 

Interaksi terbahagi kepada empat iaitu

1. Interaksi sehala iaitu antara guru dengan pelajar

2. Interaksi dua hala antara guru dengan pelajar

3. Interaksi dua hala antara pelajar dengan pelajar

4. Interaksi pelbagai hala iaitu antara guru dengan pelajar, pelajar  dengan pelajar.


   Seterusnya, pengurusan iklim pembelajaran juga penting kerana ia akan mempengaruhi keadaan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlansung. Suasana pembelajaran yang positif akan menggalakkan murid-murid untuk terus menyertai pembelajaran pada hari tersebut. Iklim pembelajaran terbahagi kepada tiga iaitu suasana fizikal, sosial dan emosi. Persekitaran pembelajaran adalah penentu utama dalam pembelajaran pelajar. Hasil pembelajaran pelajar boleh dipertingkatkan dengan mencipta persekitaran yang bersesuaian dengan keperluan guru dan pelajar serta selari dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan.

   Kesimpulannya, untuk mendapatkan suasana pembelajaran yang positif guru hendaklah mempunyai startegi yang berkesan. Hal ini untuk memastikan murid merasa seronok dan akan terus berada dalam kelas tersebut. Guru memainkan peranan yang penting sebagai ‘role model’ dalam pengurusan bilik darjah. Berjaya atau tidak murid menerima pembelajaran adalah bergantung kepada kekreatifan guru dalam menyampaikan pengajaran. Minat murid terhadap sesuatu pembelajaran berasaskan startegi mengurus bilik darjah yang terancang dan menarik.

Rujukan

Mukodi, M. (2016). Bilik-Bilik Demokrasi dalam Pendidikan. SHAHIH : Journal Of Islamicate Multidisciplinary, 1(2), 113. doi: 10.22515/shahih.v1i2.393.

Mohd. Ismail Tambi. (2005). Dr. Ismail Tambi. Bentong, Pahang: PTS Millennia Sdn. Bhd.

Pembelajaran, B. (2018). Bab 8 : Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran. Retrieved from https://missugliest.blogspot.com/p/bab-8.html


Untuk rujukan slide  BAB 7 STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN https://drive.google.com/file/d/15a6EDNj8ONh8EuswkSx0GHsclUPdn4bF/view?usp=sharing


dan Sambungan BAB 8 PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISPLIN, sila klik link di bawah:  https://kpspengurusanpembelajarann.blogspot.com/2021/01/bab-8-pengurusan-tingkah-laku-dan.html

Comments

Popular posts from this blog

BAB 13 PENGURUSAN KESELAMATAN SEKOLAH

BAB 9 PENASIHATAN MURID

Siapa saya?