BAB 5 PENGURUSAN BILIK DARJAH
Pengurusan bilik darjah ialah proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Bilik darjah merupakan persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran.
PERANAN GURU
DALAM MELAHIRKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG KONDUSIF
1. 1. Kedudukan Meja
Pelajar
Meja guru di hadapan bilik darjah. Keadaan ini memberi gambaran guru
sebagai seorang pemerintah yang menguasai semua muridnya. Di kedudukan ini,
semua murid dapat melihat guru, dan meja guru jelas kelihatan dari pintu
darjah.
Penyusunan
kerusi meja murid dalam bilik darjah yang berbeza kebolehannya perlu dikawal,
dan ditentukan oleh guru, kerana penyusunan ini ialah cara mengawal disiplin
juga dan dengan cara itu guru harus memisahkan murid- murid yang perlu
dipisahkan atau membiarkan murid yang perlu berseorangan.
2. 2. Alat Bantu Mengajar
(Abm)
Alat bantu
mengajar (ABM) seperti carta haruslah digantung di suatu tempat yang sesuai
supaya semua murid boleh melihatnya dengan mudah. Semasa menggunakannya, guru
haruslah membimbing murid-murid meneliti perkara yang penting supaya tidak
membazirkan masa murid-murid serta boleh mencapai hasil pembelajaran yang
dikehendaki. Jika carta itu mengandungi beberapa bahagian, guru boleh
menutupnya terlebih dahulu, kemudian menunjukkan kepada murid-murid bahagian
demi bahagian mengikut urutan penerangan guru. Cara ini boleh menarik minat
murid serta membangkitkan daya pemikiran mereka.
3. 3. Papan Kenyataan
Papan kenyataan
hendaklah dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi,
pelan keselamatan, sudut matapelajaran, sudut bacaan, kata-kata motivasi.
Setiap papan
kenyataan sudut matapelajaran hendaklah diisi dengan nota-nota yang penting.
Guru
hendaklah mengagihkan setiap sudut mata pelajaran kepada beberapa kumpulan
pelajar untuk mereka penuh kan papan kenyataan tersebut.
Pengurusan Disiplin dalam Bilik Darjah
· Disiplin dalam bilik darjah penting kerana salah satu unsur utama kejayaan dalam proses pembelajaran
· Menurut Lindgren (1976) menghuraikan bahawa disiplin membawa maksud hukuman dan kawalan untuk mematuhi tatatertib
· Menurut Oliva (1956) disiplin merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autoriti, keadaan bilik darjah yang teratur.
Tujuan:
Untuk melahirkan sifat yang rasional, mewujudkan keyakinan diri dan ketabahan
hati seseorang itu untuk mengikut
peraturan-peraturan yang diterima umum
Punca Disiplin:
- Kebosanan - guru gagal menyediakan aktiviti yang menarik,
mencabar dan sesuai dengan tahap pencapaian pelajar.
- Pengurusan lemah – penyediaan guru yang lemah seperti bahan
bantu visual guru yang bermasalah atau guru tiada pengalaman mengendalikan alat
bantu, terlalu banyak halangan yang menganggu kelancaran pelajaran.
- Tahap kesukaran – pelajar mengalami kesukaran menyiapkan tugas mungkin kerana terlalu sukar, kurang jelas, dan penggunaan bahasa yang tidak sesuai serta tempoh masa terlalu lama.
- Keliru – pelajar keliru dengan penjelasan guru, guru tidak
memberitahu secara jelas dan menerangkan apa yang diinginkan daripada pelajar
- Keyakinan – harga kendiri akedemik rendah dimana pelajar akan kurang yakin pada diri sendiri.
Jenis-Jenis
Disiplin:
(a)
Disiplin antara Guru
Bertanggungjawab
menentukan peraturan-peraturan bilik darjah dan memastikan pelajar patuhi.
Melalui
disiplin antara guru, guru punyai kuasa
mutlak atas kawalan, arahan,pengurusan dan hukuman berlandaskan peraturan yang
ditetapkan.
(b)
Disiplin arahan kerja:
Diwujudkan apabila sesuatu tugas yang diberikan oleh guru perlu diselesaikan dalam masa yang ditetapkan.
Mempunyai
ciri motivasi yang positif kerana disiplin jenis ini dapat menggalakkan murid
menyelesaikan tugasan untuk kebaikan dan kepentingan sendiri.
(c)
Disiplin Arahan Kumpulan:
Disiplin
yang diwujudkan antara ahli berdasarkan kepada norma, nilai dan kepercayaan
ahli-ahli. Oleh itu, tingkah laku pelajar dikawal semasa interaksi antara rakan.
Guru
perlu memberi bimbingan kepada ketua kumpulan supaya nilai dan kepercayaan
disemai dalam ahli kumpulan
(d)
Disiplin Arahan Diri:
Yang
melibatkan diri pelajar bagi mematuhi peraturan biasanya wujud secara tidak
sedar apabila pelajar mencapai kematangan, boleh berfikir secara rasional.
Boleh
juga dipupuk melalui latihan dan bimbingan guru seperti menerangkan kepentingan
dan kebaikan peraturan, hormat-menghormati, timbang rasa, toleransi dan
kerjasama
RUJUKAN
Kamus
Dewan (2017), Maksud pengurusan. Kamus Dewan Edisi Keempat. Diperoleh daripada
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=pengurusan
Woolfolk,
A. E. (1995). Educational Psychology (6th Edition). Boston: Allyn &Bacon.
Mohd
Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009). Pengurusan bilik darjah.
Universiti Utara Malaysia: Kedah diperoleh daripada
http://irep.iium.edu.my/13309/1/Chapter_-_Pengurusan_Bilik_Darjah_-_2009.pdf
Untuk rujukan slide BAB 5 PENGURUSAN BILIK DARJAH : https://drive.google.com/file/d/14SYz373AOIht_960ZnbXX5zvtbdng9j_/view?usp=sharing

Comments
Post a Comment