BAB 13 PENGURUSAN KESELAMATAN SEKOLAH
Pengenalan.
Terdapat banyak isu keselamatan yang berlaku
di sekolah Malaysia sebagai contoh KUALA
LUMPUR: Insiden terbaru membabitkan seorang
pelajar tingkatan dua maut akibat terkena
bilah pisau traktor mesin rumput, di Gemas,
Negeri Sembilan. Ini menunjukkan aspek
keselamatan di sekolah mesti dipertingkatkan.
Kesedaran
tentang amalan keselamatan merupakan satu perkara yang penting kepada
majikan iaitu guru besar dan juga guru serta
pelajar bagi memastikan keselamatan di
kawasan sekolah terjamin serta dapat
mengurangkan risiko kemalangan.
Definisi Pengurusan:
Proses perancangan, penyusunan , pengarahan dan pengawalan usaha ahli organisasi dan
menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.
Definisi Keselamatan Sekolah:
Suatu keadaan persekitaran di mana seseorang dapat menjalankan aktiviti harian dan lainlain
aktiviti anjuran sekolah dengan selama , harmonis , risiko rendah, tanpa sebarang halangan
dan kemalangan.
Isi Penting:
Objektif Sekolah Selamat
a) Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan.
b) Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga.
c) Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
d) Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil.
e) Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.
f) Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan warga sekolah.
g) Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif kepada sekolah.
h) Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah.
i) Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu keselamatan, kecemasan, kemalangan dan mala petaka.
Kaedah Menyediakan Sekolah Yang Selamat:
a.Kepemimpinan yang berkesan
b.Tumpuan kepada pencapaian
c.Mewujudkan hubungan dengan keluarga dan masyarakat
d.Menekankan perhubungan yang positif antara pelajar dan
staf
e.Membincangkan isu keselamatan secara
f.Layanan sama rata dan budaya “caring” kepada pelajar
g.Kawalan keluar masuk
h.Menyediakan prasarana dan kawasan yang selamat
i.Menyediakan sistem dan prosedur keselamatan pelajar dan
sekolah
j.Pernyataan misi dan peraturan sekolah yang mengutamakan
keselamatan
k.Mewujud dan memanfaatkan jawatankuasa
sokongan sekolah
m.Mempertingkatkan mutu disiplin
n.Administrative Guide sebagai panduan dalam
pengurusan sekolah
Rumusan:
Untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan lebih selamat, usaha-usaha secara
bersepadu perlu dilaksanakan bukan sahaja oleh pengetua sebagai pengurus sekolah tetapi
juga seluruh warga sekolah termasuk guru, pelajar, ibu bapa, dan PIBG, pihak berkuasa
Kementerian Pelajaran dan ahli komuniti termasuk pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan.
Strategi perancangan dan pelaksanaannya juga perlu dilakukan dalam proses yang
berterusan tidak kira elemen-elemen yang menggugat keselamatan berkenaan sudah wujud
atau belum di sekolah kita
Rujukan.
Akhbar Utusan (Edisi On-Line). 13 Julai 2005. “Lebih 100 Pelajar sisyaki Keracunan Makanan. ” http://www.utusan online .com.my
Akhbar Berita Harian. 25 September.2003. “Pengetua, Pelajar Mesti Kerap Berbincang.”
Azrina Ahzan (1999). “Langkah Memperkukuhkan Keselamatan Sekolah”. Berita Minggu 11 Jun 1999.Halaman 4.
Beyer, D. (1997).
“School Safety and The Legal Rights of Students”.No.121.
Carolyn, R.Pool (1998). “A Safe And Caring Place”. Jurnal Association for Supervision and Curriculum Developmental.Vol.21, 1998.
Comer, J.P. (1998). “Model of The School Development Program Success”. New Haven,CT: Comer School Development Programme, Yale Child Study Center.
Glasser, W. (1969). “School Without Failure”.New York: Harper & Row Publishers.
Haslina Hassan (2000).
“Gejala Gangsterisme di Kalangan Pelajar: Fenomena yang Meresahkan”. Dewan
Masyarakat. Jun 2000. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Halaman 14-16.
Untuk rujukan slide BAB 13 PENGURUSAN KESELAMATAN SEKOLAH,: https://drive.google.com/file/d/1dp4NFB4NCjmRjliiiXyuRtO1SrVueNzW/view?usp=sharing

Comments
Post a Comment