BAB 8 PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

 

Pengurusan Tingkah Laku Dan Disiplin

Topik ini akan menyatakan tentang pengurusan tingkah laku, peraturan dan disiplin murid, pengurusan devian dan salah laku, dan pekeliling dan peraturan. Bab ini juga akan menjelaskan dan perbincangan mengenai definisi, jenis dan pengurusan tingkah laku.


  • Disiplin merupakan satu latihan yang dilaksanakan bertujuan untuk membentuk tingkah laku yang dikehendaki. Menurut T. Rusyandi (1997 : 6) mengatakan bahawa disiplin diertikan sebagai suatu sikap atau tingkah laku dan perbuatan yang sesuai dengan tata aturan atau norma yang digariskan. Amier Daien Indrakusuma (1973 : 142) mengemukakan bahawa disiplin merupakan kesediaan untuk mematuhi peraturan-peraturan dan larangan-larangan. Di sekolah, disiplin menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan suasana yang harmoni dan aman serta keadaan yang teratur agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Disiplin memainkan peranan yang penting iaitu ke arah pembentukan sahsiah para pelajar.


Isi Penting:

Definisi Buli: 

  • Perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat.

  • Menurut Profesor Ken Rigby (2008), buli adalah "sebuah hasrat untuk menyakiti. Hasrat ini diperlihatkan ke dalam aksi menyebabkan seseorang menderita. Dilakukan secara langsung sama ada individu mahupun secara berkelompok dan dilakukan secara senang(sengaja)"

JENIS-JENIS BULI

1. Buli Fizikal

  • Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan. Paling ganas boleh menyebabkan kematian.

2. Buli Mental

  • Lebih kepada ejek-mengejek. Jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akanmdijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli. Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah.

RUMUSAN

Kesimpulannya disiplin bukan penjara kehidupan insan yang bergelar pelajar sebaliknya disiplin sebagai prasyarat untuk para pelajar mencipta kegemilangan dalam kehidupan. Pelbagai langkah perlu diambil bagi menangani masalah ini daripada terus merebak dan berleluasa. Kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan masalah disiplin di kalangan pelajar perlulah dipertingkatkan.

 

RUJUKAN

Abdul Malek Bilal Sidek (1995) Pengurusan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur DarulFikir Z675 A23 1995

Anonymous (2018). Topik 9 : Pengurusan Tingkah Laku Dan Disiplin. Diperoleh daripada http://ffoliokps.blogspot.com/2018/11/topik-9-pengurusan-tingkah-laku-dan_14.html

Ragbir Kaur a/p Joginder Singh. 2005. Panduan ulangkaji ilmu pendidikan untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd


Untuk rujukan slide  BAB 8 PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN:   https://drive.google.com/file/d/1kN3M_sCDQQqGAA9j7siizWoa3i39xJIY/view?usp=sharing


dan Sambungan BAB 8 PENASIHATAN MURID, sila klik link di bawah: https://kpspengurusanpembelajarann.blogspot.com/2021/01/bab-9-penasihatan-murid.html



Comments

Popular posts from this blog

BAB 13 PENGURUSAN KESELAMATAN SEKOLAH

BAB 9 PENASIHATAN MURID

Siapa saya?