BAB 6 PENGURUSAN SUMBER

  •  


Pengurusan Sumber.

     Pengurusan sumber amat penting bagi sebuah institusi pendidikan dan sebagainya. Hal ini, pengurusan sumber merupakan salah satu tempat atau medium rujukan untuk mencari maklumat. Menurut (Buck,2010) pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih entiti untuk tujuan meneyelaras dan mengharmonikan kumpulan tersebut bagi mencapai misi dan matlamat sebuah organisasi atau kumpulan.

   Sumber pula membawa maksud , sesuatu yang menjadi rujukan untuk kesahihan sesuatu maklumat atau carian. Selain itu sumber juga boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Sumber juga boleh diklasifikasikan sebagai bahan atau tenaga yang diperlukan bagi melaksanakan sesuatu. Terdapat pelbagai kategori sumber antaranya dari alam atau semulajadi,manusia, serta kewangan dan teknologi. Oleh itu sumber digunakan oleh manusia secara langsung dalam kehidupan dan adea kaitan juga dengan pengurusan. Menurut AECT (Association for Educational Communication and Technology) 2008, meliputi sumber yang dapat digunakan oleh pelajar baik secara terpisah mahupun dalam bentuk gabungan,biasanya dalam situasi informasi untuk memberi kemudahan belajar.

 Oleh itu, pengurusan sumber boleh ditakrifkan sebagai bagaimana manusia mengorganisasikan sumber yang ada melalui proses merancang, memimpin dan mengawal untuk mencapai sesuatu matlamat. Dari aspek pembelajaran berasaskan sumber pula, kemahiran mengurus sumber adalah sangat penting bagi menjelaskan fakta, membuktikan kesahihan sesautu fakta dan menyatakan kebenaran agar tidak tersasar dari maksud sebenar maklumat tersebut. Pusat sumber pula ialah tempat,perkhidmatan,koleksi bahan untuk pemebelajaran dan juga agen rujukan para pelajar dan guru.


Fungsi dan peranan pusat sumber.

   Pusat sumber berkembang pesat dari waktu ke waktu dengan pelbagai fungsi dan peranan mengikut kesesuaian perkembangan pola kehidupan masyarakat, keperluan dan teknologi maklumat. Dari segi teknologi maklumat, pusatsumber juga berkembang daripada pusat sumber tradisional, semi tradisional, elektronik, digitals ehinggakan pusat sumber virtual dan perkembangan ini sejajar dengan fungsi dan peranannya.


1.  Pusat kegiatan belajar dan mengajar.

Fungsi utama pusat sumber adalah sebagai tempat rujukan utama bagi kegiatan belajar dan mengajar. Para guru dan pelajar akan sentiasa membuat rujukan dan mencari bahan daripada perpustakaan. Para guru akan mencari bahan yang bersesuaian bagi membuat persediaan dalam proses pengajaran di bilik darjah.

2.  mengisi masa lapang.

Seterusnya, fungsi dan peranan pusat sumber juga berperanan sebagai tempatuntuk mengisi masa lapnag dengan melakukan perkara yang berfaedah. Hal ini kerana,dengan adanya pusat sumber mereka terutamanya pelajar yang mempunyai masa yang terluang akan mempunyai tempat bagi mengisi masa mereka.Mereka tidak akanmembazirkan masa di tempat yang tidak berfaedah seperti di pusat membeli- belah, kedaimakan dan sebagainya. Apabila mereka melepak di pusat sumber bersama kawan, mereka bukan sahaja dapat mengisi masa lapang dengan baik tetapi dapatmenambahkan maklumat melalui pembacaan pelbagai bahan rujukan ilmiah yang telahdisediakan.

3.  Pusat perkembangan idea dan kreativiti.

pusat sumber juga menjadi pusat bagi perkembangan idea dan kreativiti. Hal ini kerana pusat sumber sekolah bukan sahaja berperanan sebagai pusat ilmu, tetapi turut berupaya membekalkan kemudahan dan perkhidmatan bagi guru-guru yang kritis dan inovatif. Pusat sumber yang aktif bukan sahaja menyediakan bahan-bahan bacaan semata-mata tetapi turut menganjurkan pelbagai aktiviti yang berterusan bagi mengembangkan daya pemikiran , kreativiti dan imaginasi para pelajar dan guru. Contohnya dengan penganjuran pelbagai pertandingan seperti pertandingan bercerita dan banyak lagi.

4.  Pusat professional

Pusat sumber sekolah juga berperanan sebagai Pusat profesional. Pelbagai aktiviti-aktiviti yang di jalankan oleh pusat sumber akan meningkatkan iktisas keguruan dari aspek kerja berkumpulan dan usaha-usaha meningkatkan prestasi serta kemajuan pendidikan di sesebuah sekolah. Rancangan- rancangan perkembangan staf dan latihandalaman boleh dijalankan melalui perkhidmatan yang disediakan oleh pusat sumber sekolah.

Sebagai kesimpulannya, penggunaan sumber dalam bidang pendidikan mampumeningkatkan kepahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Selain itu juga, guru-guru dapat menyampaikan sesuatu pengajaran yang lebih berkesan lagi berpandukan kepada sumber sebagai rujukan dalam membuat persedian mengajar. Sumber manusia merupakan aset terpenting dalam sesebuah organisasi di sekolah. Dalam era globalisasi, persoalan daya saing dan daya tahan sesebuah organisasi menjadi fokus masa kini.Sesungguhnya pengurusan sumber manusia berupaya memastikan kelestarian sesebuahorganisasi itu.


CIRI-CIRI PUSAT SUMBER

  • Menyeronokan murid

  • Menjimatkan masa

  • Sumber rujukan senang diperoleh

  • Kesesuaian tempat

  • Mempelbagaikan kegiatan murid

  • Tujuan pusat sumber

 

KOMPONEN PENGURUSAN SUMBER

  • Pengurusan infrastuktur

  • Pengurusan sumber manusia

  • Pengurusan kewangan

  • Pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran

  • Pengurusan pusat sumber

 

JENIS SUMBER PEMBELAJARAN

  • Sumber asas (Contohnya: buku, majalah)

  • Sumber rujukan elektronik (Contohnya: rujukan online)

  • Sumber elektronik (Contohnya: menggunakan teknologi ict)

  • Sumber pengalaman (Contohnya: lawatan dan sebagainya.)

 

CARA PENGGUNAAN SUMBER PEMBELAJARAN

  • Sesuai dengan situasi pembelajaran

  • Merancang penggunaan sumber pembelajaran

  • Membimbing pelajar menggunakan sumber pembelajaran berpusatkan murid.

 

KOMPONEN PEMBELAJARAN BERASASKAN SUMBER

  • buku teks

  • aktiviti penelitian

  • pencarian bahan dari pelbagai sumber

  • latihan penyelesaian masalah

  • penggunaan alat pandang dengar

 

KEPENTINGAN PENGURUSAN SUMBER

  • merangsang minat pelajar

  • menyediakan pengalaman sebenar

  • melibatkan pelajar belajar secara aktif

  • memberi peluang kepada pelajar untuk mencari maklumat

    Sebagai kesimpulan topik ini, pengurusan sumber dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Selain itu penyampaian guru lebih berkesan dengan adanya sumber rujukan yang pelbagai. Pengurusan  sumber merupakan aspek penting dalam pengurusan pembelajaran, pengurusan pusat sumber amat penting kerana ianya salah satu bantuan dalam sistem pembelajaran.


RUJUKAN

https://prezi.com/3ood1pnnxkxp/apa-itu-pengurusan-sumber

Rujukan Abdul Aziz Yusof (2004).

Kepimpinan Dalam Mengurus Perubahan-Dari Dimensi Kemanusiaan.

      Pearson Prentice Hall.Abdul Aziz Yusof (2007).

London: Kogan Page Limited.Buck, Frank (2010).

      Organization Made Easy!-Tools for Todays Teachers.

      New York: Eye onEducation.Cari Ilmu Online Borneo (2010)


Untuk rujukan slide  BAB 6 PENGURUSAN SUMBER https://drive.google.com/file/d/108FKvBGvBw8QL7lPkkaIN1np3NKVatRl/view?usp=sharing


dan Sambungan BAB 7 STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN, sila klik link di bawah:  https://kpspengurusanpembelajarann.blogspot.com/2021/01/bab-7-strategi-mengurus-bilik.html

Comments

Popular posts from this blog

BAB 13 PENGURUSAN KESELAMATAN SEKOLAH

BAB 9 PENASIHATAN MURID

Siapa saya?