Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua warganet. *lambai tangan π
Nama saya Nor Nabilah Binti Sulaiman πΈ , memegang no kad matrik D20192091467 π³
Saya merupakan pelajar jurusan ISMP Reka Bentuk Dan Teknologi di Universiti Pendidikan Sultan Idris , Tanjung Malim, Perak. Saya berasal daripada Bota, Perak. Saya merupakan anak bongsu daripada 3 adik-beradik. Hobi saya dari sekolah rendah adalah melukis, (walaupun tidak secantik pelukis yang terkenal,) namun lukisan saya dapat menenangkan saya, telah saaya curahkan segala emosi dan perasaan pada lukisan yang terhasil *ewah.
Tiada perkara yang menarik pada saya, cukup sekadar anda tahu yang saya seorang yang peramah dan ceria sentiasa. Bebila je boleh buat kawan, saya suka join program daripada dulu dan suka cabar diri saya , terutamanya perkara yang luar kemampuan saya, sebab saya nak tahu limit saya, supaya menjadi lebih matang dan memperoleh pengalaman dalam menguruskan sesuatu perkara.
Semasa saya Tingkatan 5, saya cabar diri untuk melibatkan diri dengan ujian Perkhemahan Pengakap Raja 2015 di Perak dan saya lulus dalam ujian tersebut. Pengalaman mengambil sijil Pengakap Raja oleh Sultan Perak sendiri adalah pengalaman yang tidak boleh dilupakan sampai bebila. πππ
Semasa Diploma, saya libatkan diri dengan kepimpinan iaitu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) selama 2 sesi di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) Shah Alam. Banyak perkara yang telah mematangkan saya . Selama belajar di PSA, saya diberi peluang dalam penglibatan saya dalam aktiviti kesukarelawan di YSS -ASEAN MISSION TO VIENTIANE LAO PDR 2017. Selama 2 minggu melakukan kerja sukarelawan di Ban Thanasa adalah pengalaman yang bermakna. Dengan penglibatan saya dalam aktiviti-aktiviti ini telah menjadikan saya lebih cermat dan bijak menguruskan masa terutamanya dalam mengulangkaji pelajaran.
Dan kini, saya disini sebagai pelajar Degree di UPSI . Belajar di UPSI adalah impian saya dari kecil, syukur Alhamdulillah impian itu dapat saya kecapi.
so, JUST FOLLOW YOUR DREAM. πππ
Itu sahaja perkongsian maklumat diri saya , π
Sekian, terima kasih.
Comments
Post a Comment