BAB 14 PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)
Pengenalan
Program PPDa merupakan salah satu program
melibatkan pelajar anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang dilaksanakan di
peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan dalam usaha melahirkan pelajar
yang berpengetahuan dan berkemahiran menolak ancaman dadah dan gejala sosial
bagi mengurangkan gejala merokok, ponteng sekolah, melawan guru, mencuri, bergaduh
dan merosakkan harta benda sekolah serta risiko gejala sosial di luar sekolah
seperti penglibatan dengan kumpulan samseng, pergaulan bebas, melepak dan lari
dari rumah.
Isi Penting:
Punca Penyalahgunaan Dadah:
- Pengaruh keluarga dan ibu bapa
- Pengaruh rakan sebaya
- Masalah gejala sosial dikawasan perumahan
Meningkatkan Pengetahuan dan Kefahaman:
- Pendedahan Program/ Minggu PPDa kepada para pelajar mampu
menerapkan kesedaran dan memupuk jati diri yang tinggi untuk menjauhi kancah
dadah.
- Penglibatan ibu bapa amat penting dalam membantu para
pelajar mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah dan mengawasi aktiviti terluang
para pelajar.
- Pengawasan yang berpada daripada ibu bapa dan guru
terhadap para pelajar mampu membendung penglibatan dalam kancah dadah dalam kalangan
pelajar sekaligus membuka mata semua pihak akan implikasi negative dadah
dalam kehidupan.
- Ibu bapa dan guru perlu memahami tanpa menghukum para pelajar yang telah tersilap langkah serta membantu para pelajar yang terlibat dalam gejala dadah ke jalan yang lebih baik demi masa depan para pelajar.
Membina ketahanan jati diri yang tinggi dalam kalangan
pelajar yang merangkumi aspek JERIS:
J – Mendorong pelajar untuk bergiat aktif dalam aktiviti
kokurikulum
E – Bertoleransi dengan emosi para pelajar serta
menyediakan ruang berkomunikasi
secara telus dengan para pelajar
R– Menyediakan program kerohanian dalam kalangan pelajar
secara berkala
I – Membentuk daya pemikiran yang positif dan matang
dalam kalangan pelajar
dengan memberi kesedaran untuk mengetahui impak negatif
dadah dalam jangka masa
panjang.
S– Mendedahkan kepentingan bersosial secara sihat dalam
kalangan pelajar
Peranan AADK:
- Mencegah dan membendung seseorang daripada terlibat dengan gejala dadah.
- Merawat dan memulihkan penagih dadah di pusat
rehabilitasi dan pusat pemulihan.
- Memastikan bekalan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah dibanteras sebaik mungkin.
Rumusan:
Secara keseluruhannya, penubuhan Program PPDa ini wajar diadakan di setiap sekolah
kerana program ini merupakan langkah awal serta pendedahan awal yang efektif dalam
memberi pengetahuan, peringatan dan amaran kepada para pelajar mengenai bahaya
dan akibat yang bakal diterima sekiranya terlibat dalam kegiatan dadah. Pelajar merupakan
golongan terbesar dalam kategori belia yang merupakan golongan yang amat signifikan
dalam mencorakkan sesebuah negara dalam membentuk generasi dan kepimpinan pada
masa akan datang.
Rujukan:
Ananda Kumar Palaniappan (2007), SPSS Dalam Penyelidikan Pendidikan , Selangor: Scholar Press.
Arthur & Ericson (1992), Gangs & Schools,
Learning Publications.
Austin, S. B., & Gortmaker, S. L. (2001). Dieting and Smoking Initiation in Early Adolescent Girls and Boys: A Prospective Study. American Journal of Public Health, 91(3), pp 446 - 449
Azaman Ahmad (2000), Kefungsian Keluarga: Hubungannya dengan Konsep Kendiri dan Risiko kepada Penagihan Semula Dadah di Kalangan Penagih Dadah Remaja, Jabatan Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Azizi Yahaya (1999), Satu Penilaian Terhadap Keberkesanan Perlaksanaan Program di Pusat Pemulihan Akhlak di Semenanjung Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia

Comments
Post a Comment