BAB 1 MENGURUS PEMBELAJARAN.

 

Mengurus Pembelajaran.


Pengurusan adalah satu proses merancang mengelola memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.Guru yang bijak mengurus pelajar, maka guru tersebut akan dapat mengatasi masalah yang timbul sewaktu proses pembelajran dan pengajaran. 

    Pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang  sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. Pembelajaran merupakan satu proses yang berterusan dan berlaku secara formal dan tidak formal. Pendidikan formal ialah pendidikan yang dijalankan secara terancang dengan adanya bimbingan daripada guru, buku teks dan berjalan di dalam kelas. 

    Pendidikan tidak formal pula ialah pendidikan yang dilakukan bukan secara langsung iaitu bimbingan daripada ibu bapa di rumah. Seseorang guru perlu bertanggungjawab dalam pelaksanaan perancangan di dalam kelas. Kejayaan dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu bergantung kepada peranacangan pengajaran guru. Seseorang guru juga harus mempunyai kemahiran  untuk mengarah pelajar semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mengawal pembelajaran dan pengajaran dan memastikan tiada gangguan sepanjang pelaksanaannya.

   Terdapat banyak pandangan mengenai definisi pengurusan. Antaranya ialah pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi. Menurut perspektif Islam pula, pengurusan merupakan  satu proses melakukan kerja dan menyempurnakan sesuatu pekerjaan dengan menggunakan fungsi-fungsi pengurusan secara fitrah menerusi dan beserta orang lain dalam usaha mencapai objektif secara efektif. 

     Definisi pembelajaran merupakan satu proses interaksi di dalam kelas di antara pendidik dan pelajar. Pendidik adalah guru yang terlibat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran yang baik dan mudah difahami pasti akan disukai oleh pelajar serta akan membuatkan mereka berasa minat untuk pelajar. Guru perlu membuat persiapan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah yang selesa dan kelengkapan yang lengkap penting bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Susun atur meja juga penting bagi memudahkan guru dan pelajar membuat pergerakan di dalam kelas. Suasana dan persekitaran bilik darjah merupakan salah satu peranan yang penting dalam mewujudlkan proses pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

Teknik Mengurus Pembelajaran 

  1. mengurus masa dengan baik. : Teknik ini dilaksanakan dengan mewujudkan jadual waktu belajar harian. 

  2. Kemahiran mendengar dengan berkesan.: Proses rangsangan di mana pelajar menerima maklumat yang disampaikan dengan baik dan ia dapat membantu pelajar mengikut pembelajaran, memahami, mengingat dan membuat catatan. 

  3. Kemahiran membaca dengan berkesan.:Teknik ini merupakan kemahiran untuk mentafsir dan memikir tentang sesuatu simbol atau tulisan. 

  4. Guru menyediakan nota ringkasan dan pemudahcara untuk pelajar lebih faham.: 
  5. Teknik pengurusan pembelajaran paling penting ialah guru perlu memastikan pelajar menghadiri pengajaran di dalam kelas. Hal ini membantu pelajar mendengar, memahami, menulis, mencatat nota dan mengingat semua maklumat yang disampaikan. 

  6. Kemahiran dalam kumpulan. 
Guru merupakan pengurus utama dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan terdiri daripada proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan terhadap pembelajaran yang diajar. Merancang pembelajaran perlulah mengambil kira latar belakang, situasi dan tahap penguasaan murid. Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berdasarkan perancangan yang telah dibuat dan sebaiknya mengubahsuai untuk penambahbaikan. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran mempunyai tiga peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas. 

     Perkara utama yang perlu dilakukan oleh sebelum proses pengajaran dan pembelajaran ialah guru perlu membuat persiapan diri dan bersedia menghadapi kemungkinan yang akan berlaku. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran pula, guru perlu menjaga penampilan diri. Penampilan yang kemas dan ringkas dapat menarik minat murid untuk belajar kerana guru merupakan pendorong kecemerlangan pelajar. Selepas proses pengajaran dan pembelajaran pula guru dapat mengetahui keberkesanan pengajaran. Guru akan mengumpul maklumat, strategi, hasil dan impak pengajaran dan pembelajaran yang dibuat untuk menilai prestasinya. Melalui penilaian dan refleksi yang dibuat, guru dapat mengenalpasti kelemahan untuk tindakan susulan dan kelebihan akan dimanfaatkan pada pengajaran dan pembelajaran akan datang.
 
   Terdapat banyak cabaran dalam mengurus pembelajaran. Antaranya ialah kesedaran pelajar yang rendah mengenai kepentingan pembelajaran untuk masa depan mereka. Hal ini akan sedikit-sebanyak mempengaruhi prestasi serta pencapaian pelajar di dalam pelajaran. Cabaran seterusnya ialah pengurusan masa yang tidak baik. Waktu guru untuk mengajar di dalam kelas tidak cukup menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan. Seterusnya, pembelajaran yang tidak menarik perhatian pelajar menjadi cabaran dalam pengurusan pembelajaran. . Hal ini disebabkan oleh cara belajar yang terlalu konvensional dan membosankan untuk para pelajar. Cabaran yang seterusnya ialah penggunaan ICT yang tidak cekap. Hal ini disebabkan oleh penguasaan ICT yang tidak memenuhi kehendak zaman kini serta disebabkan oleh guru-guru yang berusia tidak mempunyai kemahiran dalam penggendalian kemudahan ICT.

  Punca yang menyebabkan sesebuah pengurusan pembelajaran tidak berjaya ialah latar belakang pelajar yang berbeza. Setiap pelajar mempunyai sifat dan perangai yang tersendiri. Oleh itu, mereka adalah berbeza dari segi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan social. Punca seterusnya ialah suasana dan persekitaran bilik darjah yang tidak selesa. Guru perlulah memastikan pelajar membersihkan kelas terlebih dahulu sebelum mula sesi pembelajaran agar persekitaran terasa lebih bersih dan nyaman. Susunan dan aturan meja dan kerusi juga perlulah berada dalam keadaan yang kondusif. Ruangan yang secukupnya perlu disediakan supaya mudah untuk guru dan pelajar membuat pergerakan. 

  Pengurusan Pembelajaran juga tidak Berjaya apabila tiada interaksi antara pelajar. Hubungan antara pelajar perlulah erat serta boleh menerima pendapat orang lain agar proses pembelajaran berjalan lancar. Guru yang tidak memahami pelajar atau memilih kasih juga menjadi punca pengurusan pembelajaran itu tidak berjaya. Hal ini akan menyebabkan pelajar yang berasa tersisih akan kurang keyakinan dan tidak menghormati guru tersebut lalu berlakunya masalah disiplin pelajar. Punca yang terakhir ialah pengulangan teknik pembelajaran yang sama. Proses pengajaran dan pembelajaran yang sama setiap kali kelas diadakan pasti akan membuat pelajar berasa bosan walaupun matapelajaran yang diajar adalah sesuatu yang diminati pelajar.

Rujukan
Nurul Nadirah Mohd Kasim & Khalid, F. (2016). Sistem Pengurusan Pembelajaran dan Sistem 
     Pengurusan Kandungan: Satu Analisis Perbandingan. Dalam Nabilah Othman, Chiang Wei Luan
     & Nurul Syaida Md Zuki. (Editor)., Pendidikan Abad ke-21: Peranan Teknologi Maklumat dan
     Komunikasi serta Cabarannya. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.


dan Sambungan BAB 2 PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN, sila klik link di bawah: https://kpspengurusanpembelajarann.blogspot.com/2021/01/bab-2-pengurusan-dan-pembelajaran.html 



Comments

Popular posts from this blog

BAB 13 PENGURUSAN KESELAMATAN SEKOLAH

BAB 9 PENASIHATAN MURID

Siapa saya?